Tuesday 31 May 2016

SEJARAH PENUBUHAN SK BINGKOR


pic
Sekolah Bingkor didirikan pada tahun 1936 atas kerjasama dari penduduk kampung. Pada permulaan penubuhannya, bangunan sekolah dibuat daripada bambu dan atapnya daripada daun rumbia. Manakala bangku dan meja juga diperbuat daripada bambu. Setahun kemudian meja dan bangku tersebut diganti dengan papan.    Sekolah tersebut dikenali sebagai
“Government Vernacular School Bingkor”.
Guru Besar yang mula-mula bertugas di sekolah Bingkor ialah En.Intang Chew pada tahun 1936. Di asaskan pada awal tahun 1963 semasa Charted Company, oleh OKK Sodomon Bin Gunsanad,Ketua Anak Negeri di Bingkor.
Setelah Malaysia Merdeka pada 31 ogos 1963, Sabah telah menyertai Malaysia. Lagu yang dinyanyikan ketika menaikkan bendera ialah “Negaraku” manakala untk menaikkan bendera Sabah, Lagu yang dinyanyikan ialah Sabah Tanah Airku”.
Pada masa pemerintahan Malaysia G.P.S Bingkor ditukarkan menjadi Sekolah Rendah Bingkor. Sejak dalam pemerintahan Malaysia disiplin di sekolah ini tidaklah seteruk pada masa pemerintahan Jepun dan Charted Company. Pada awal tahun 1983 sistem KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dimulakan di Sekolah Bingkor iaitu mulai Kelas Tahun 1 dan 2. Mata pelajaran yang diajar dalam KBSR ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Agama dan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni.
Bilangan murid di Sekolah Bingkor bertambah dari semasa ke semasa iaitu dari 200 orang menjadi 400 orang pada tahun 1984. Pada masa yang sama juga Sekolah Kebangsaan Bingkor diiktirafkan ke dalam sekolah Kumpulan B(Gred B). kegiatan-kegiatan yang telah sedia ada disekolah ini telah berkembang aktif seperti Pengakap dan Bulan Sabit Merah.

No comments:

Post a Comment

MQSS ZON BINGKOR 2020

Pencapaian Kontinjen SK BINGKOR: 🖋Tilawah lelaki - Ketiga 🖊Tilawah perempuan - Ketiga 🖊Hafazan lelaki - Ketiga 🖊Hafazan per...